Rakyat buat pilihan, barisan panjang pengundi
Pusat
pengundian dibuka pada jam 8 pagi ini untuk rakyat Malaysia membuat
pilihan antara BN dan Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan bagi tempoh
lima tahun akan datang.
Pengundi diminta untuk mengundi awal
kerana hujan dan ribut petir dijangka berlaku di banyak tempat di negara
ini pada sebelah petang. Pengundian akan berakhir pada jam 5 petang dan
pengiraan undi akan bermula selepas itu. Keputusan dijangka mula
diumumkan mulai jam 8 malam.
Sebanyak 222 kerusi Parlimen
dipertandingkan, dengan BN mewakili 135 kerusi, Pakatan 75 kerusi dan 12
kerusi diwakili Bebas dan tiga parti lain. BN atau Pakatan perlu menang
112 kerusi mendapat majoriti mudah.
Sementara itu, Pakatan
Rakyat menguasai empat negeri - Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan
Kedah - manakala BN mentadbir di sembilan negeri.
Pilihan raya
ini akan melihat sejumlah besar pengundi baru - satu peningkatan
sebanyak tiga juta, atau kira-kira 25 peratus - sejak PRU 2008,
menjadikan ia kenaikan terbesar dalam sejarah Malaysia.
LAPORAN LANGSUNG
5pm: Tempoh pengundian secara rasminya berakhir. SPR menjangkakan keputusan dapat diketahui seawal jam 7 malam.
4.44pm: Segamat, Johor - Satu pusat pengundian di Dewan Serbaguna Jementah yang hanya mempunyai satu saluran pengundi terputus bekalan elektrik.
"Orang-orang
kami sedang berkawal. Kami berharap kertas undi dapat dikira menjelang
jam 6 atau 7 petang," kata calon DAP Jementah Tan Chen Choon yang
bimbang perkara tidak diingini berlaku sebelum pengiraan tersebut.
4.50 pm: Seremban - Secara umumnya pengundian di seluruh Negeri Sembilan secara umumnya dilihat berjalan lancar.
Petugas-petugas
di bilik gerakan PKR negeri yang ditemui juga berkata mereka tidak
menerima sebarang aduan insiden luar biasa sepanjang pengundian
berlangsung hari ini.
4.40pm: Alor Setar, Kedah - Di
sepanjang Jalan Alor Setar-Sungai Petani melalui kawasan Pengkalan
Kundor, anak-anak muda bermotosikal membawa bendera PAS seolah-olah
meraikan kemenangan.

Kelihatan
juga anak-anak muda dan perayu undi PAS mengibarkan bendera PAS dan
parti Pakatan Rakyat ke arah kenderaan lalulinta di sepanjang jalan
tersebut. Malah kenderaan, sebagai respon, mereka membunyikan hon.
Kenderaan
menuju ke arah Alor Setar pula, bergerak perlahan-lahan, mereka
membunyikan hon tanpa henti dan kebanyakan kereta turut mengibarkan
bendera PAS, PKR dan DAP, melekatkan bendera pada bonet kereta, sebagai
tanda sokongan.
Di Sekolah Men Keb Datuk Wan Mohd Saman,
anak-anak muda merayu undi pada saat akhir. Mereka juga menayangkan
"Turunkan Harga Kereta" sebagai rayuan terakhir mereka sebelum pusat
pengundian di tutup.
Sementara pondok BN pula, tidak semeriah penyokong PAS, sekalipun terdapat penyokong di dalamnya.
Kedai-kedai makan di sepanjang jalan ini kelihatan hampir penuh dengan orang ramai.
4pm: Air Putih, Pulau Pinang –
Tiga individu dilaporkan cedera dalam satu pergaduhan yang tercetus di
antara satu kumpulan memakai baju 1Malaysia dan orang awam di pusat
pengundian di SRJK(C) Kong Min pada tengahari.

Menurut saksi mata, kumpulan 1Malaysia itu mencabar beberapa orang untuk bergaduh.
Polis menahan seorang suspek dalam kejadian tersebut.
Ketua
menteri sementara Pulau Pinang Lim Guan Eng yang tiba di lokasi
tersebut pada kira-kira jam 3 petang meminta orang ramai bertentang.
Lim bertanding untuk mempertahankan kerusi berkenaan, yang terletak dalam kawasan parlimen Bukit Bendera.
3.40pm:
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam laporan Star Online
berkata beliau berharap jumlah keluar mengundi meningkat berbanding
2008.
Katanya, jumlah keluar mengundi sebanyak 80 peratus atau
lebih tinggi akan mencatat rekod sebagai antara jumlah yang paling
tinggi di dunia.
Menurut laporan itu lagi, jumlah keluar mengundi di Kelantan juga mencatat 62.02 peratus sejak tengahari.
Ia
diikuti Kedah (61.88%), Terengganu (60.9%), Johor (60.01%), Perlis
(59.27%), Penang (59.04%), Pahang (59.02%), Selangor (58.9%), Negri
Sembilan (58.35%), Sarawak (58.26%), Perak (58.08%) Sabah (57.1%),
Putrajaya (55.82%), Malacca (55.67%) dan Labuan (45.82%).
3.30pm: Segamat, Johor - PKR
mendakwa ejennya diarah meninggalkan pusat pengundian di Felda Palong
Timur selepas mendapati pengundian dijalankan dengan tidak mengikut
peraturan di situ.
"Pegawai kami memberitahu bahawa tugasnya sudah berakhir dan beliau perlu beredar,” kata pegawai media Ong Jing Cheng.
"Kami
diberitahu bahawa pegawai SPR di sana tidak mencetak daftar pemilih dan
hanya merekodkan maklumat pengundi dairpada komputer di atas satu
kertas dengan logo 1Malaysia,” katanya.
Pusat pengundian tersebut ialah Palong Timur 140/01/03 di SK Palong Timur 1.
3.07pm: Anggota
jawatankuasa pemandu BERSIH Hishamuddin Rais menafikan bahawa beliau
mengeluarkan kenyataan untuk menghimpunkan penyokong bagi meraikan
kemenangan atau mencetus kekecohan selepas tamat proses pengundian malam
ini.
“Dakwaan itu semua tipu, satu pembohongan semata-mata. Ia
adalah tohmahan dan fitnah untuk memburukkan nama saya. Dakwaan itu
bertujuan mengganggu perjalanan demokrasi yang sedang berlangsung.
“Saya pakai telefon 'cap ayam' dan tidak berupaya menghantar mesej seumpama itu,” katanya kepada
Malaysiakini.

Dakwaan berkenaan, yang tersebar luas di kalangan petugas media dalam bentuk emel, mula dikesan sejak lewat petang semalam.
Maklumat
mengenai perarakan berkenaan dipandang serius oleh polis yang
menyatakan bahawa pasukan itu mendapat maklumat seperti itu, berdasarkan
risikan.
Timbalan ketua polis negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar
dalam kenyataan semalam berkata semua perarakan, sama ada untuk
meraikan kemenangan atau untuk memprotes keputusan, dilarang sama
sekali.
3.15pm Kota Darul Aman, Kedah - Suasana
di Sekolah Ren Jenis Kebangsaan Cina Keat Hwa, Kampung Perak tidak
seperti ditempat-tempat lain. Di sebelah pagi, pengundi mjoritinya Cina
ramai lebih ramai berbanding di sebelah petang.
Cuaca di Alor Setar mendung sedikit, dan ada terasa rintik-rintik hujan.
Sementara
itu, seorang pengundi yang merupakan seorang pelajar PHD di Universiti
Malaya ditemui di sekolah berkata beliau sangat bersmangat danm teruja
kerana kali pertama mengundi.
"Saya nak kepada perubahan
(kerajaan Pusat) daripada BN kepada Pakatan. Saya jelas, tak mahu
simpan-simpan. Saya hapuskan PTPTN. Sokong Pakatan, saya nak pendidikan
percuma," katanya yang enggan namanya didedahkan.
Penuntut wanita itu mengundi di DUN Alor Mengkudu, menemani rakannya yang membawa neneknya mengundi di sekolah ini.
Katanya, 90 peratus rakannya di fakulti pengajiannya pulang ke negeri masing-masing untuk mengundi.
3:00 pm Kota Damansara - Hujan lebat tidak menghalang pengundi untuk ke pusat mengundi bagi menunaikan kewajipan mereka.
Malah, orang kurang upaya (OKU) serta warga emas tetap ingin mengundi walaupun hujan.
Bagi
penyokong parti BN dan Pakatan, masing-masing tidak mahu kalah sorak.
Sambil berpayung, mereka melaungkan "Ubah" dan "BN" dengan bersemangat
sebelum masa mengundi tamat dalam masa lebih kurang sejam sahaja lagi.
3pm: Air Putih, Pulau Pinang – Setiausaha
kepada ketua menteri sementara Cheong Yin Fan melaporkan bahawa orang
awam menahan seorang warga Bangladesh untuk keluar mengundi di Air
Putih.

Pengundi
berkenaan JJ Choo berkata beliau mengesan perkara yang tidak kena
mengenai seorang lagi pengundi, yang kemudiannya didapati sebagai
keturunan Bangladesh dengan kad pengenalan Malaysia.
Choo yang
membuat semakan di laman SPR mendapati nama individu berkenaan
didaftarkan di satu lagi pusat pengundia – di Sekolah Tinggi Chung Ling
di kerusi DUN Air Itam.
Beliau memaklumkan perkara itu kepada
sukarelawan DAP di lapangan, yang memaklumkan perkara itu kepada calon
DAP Air Itam, Wong Hon Wai.
Bagaimanapun, mereka tidak boleh
mengambil tindakan lanjut memandangkan individu berkenaan merupakan
pemegang kad pengenalan yang sah.
3pm: Pulau Pinang – calon DAP Tanjong, Ng Wei Aik membuat aduan kepada SPR kerana kertas undinya tidak dicap dengan cap rasmi.
Ng, yang merupakan setiausaha DAP Pulau Pinang berkata aduan turut diterima dari tiga lokasi atau pusat pengundian:
- SJK(T)) Jalan Sungai (bawah kawasan parlimen Jelutong)
- SJK(C) Kong Min Cawangan Kedua (bawah kawasan Bukit Gelugor)
- SK Taman Sejahtera bawah kawasan Bukit Mertajam
Timbalan
pengarah SPR Pulau Pinang Mohd Faiz Syazwan Zainal Abidin berkata
sesetengah kertas undi tersebut tidak dicap ekoran “kecuaian” pegawai
tertentu.
"Sama ada dicap atau tidak, kita menerima kertas undi tersebut menurut peraturan SPR,” katanya.
2.47pm: Tamparuli, Sabah – Seorang
wanita berpakaian seperti seorang pengawal keselamatan berjalan keluar
dari bilik pengundian di SK Pekan Tamparuli dengan kertas undi yang
belum ditanda.
Beliau yang ditahan oleh ejek pengundian dan
pegawai polis selepas itu berkata: “Oh saya kena isi yang ini juga? Saya
tidak tahu!”.
Pegawai SPR membenarkan beliau masuk semula untuk menanda kertas undi tersebut walau jarinya sudahpun ditanda dengan dakwat.
2pm: Air Putih, Pulau Pinang –
Satu pergaduhan dilaporkan tercetus di pusat pengundi SRJK(C) Air
Putih, dilaporkan melibatkan individu berpakaian baju biru 1Malaysia.
Penyandang
Lim Guan Eng yang mempertahankan kerusi tersebut kini bergegas ke
lokasi berkenaan selepas melawan kawasan parlimen Bagan.
2pm: Sekumpulan 18 orang pemantau memerhati proses
pengundia di lokasi berasingan di sekitar Kuala Lumpur sejak pagi ini,
lapor Bernama.
Seramai 12 orang daripada mereka merupakan wakil
dari negara Kemboja dan Thailand yang diiringi setiausaha SPR Kamaruddin
Mohamed Baria.
Pemerhati dari Indonesia, Myanmar dan sekretariat Asean turut menjadi pemerhati atas undangan SPR.
2pm: Seremban -
Pegawai SPR di St Paul Institution berkata jumlah yang keluar mengundi
semakin berkurangan. Ada di kalangan pengundi yang terpaksa beratur
sehingga dua jam untuk mengundi, pada sebelah pagi.
1.00 tengahari: Seremban - Hujan mulai turun di Labu dan Seremban 2, tetapi ia tidak dijangka akan memberi kesan kepada proses pengundian.
12.15tengahari: Seremban -
pemantauan di pusat-pusat pengundian menunjukkan bahawa ramai pengundi
sudah keluar mengundi, tetapi jalan raya sesak di sekitar bandar.
12.01am: Kota Kinabalu, Sabah -
Berbanding dengan pagi tadi, tiada lagi barisan pengundi yang panjang
di bawah sinar matahari, kecuali di saluran pengundian 3 dan 4 untuk
pengundi muda.

Seorang ejen tempat mengundi dari SAPP di pusat mengundi Maktab
Sabah di Luyang berkata, pihaknya berharap lebih ramai pengundi akan datang apabila keadaan tidak panas lagi.
SAPPP menganggarkan bahawa kira-kira satu perempat daripada jumlah pengundi, telah hadir mengundi.
"Ia begitu panas saya terpaksa buka tudung saya!" keluh seorang ejen mengundi di SMK Sanzac, dalam kerusi DUN Tanjong Aru.
11.50am: Kulai, Johor - Chua Siew Pin, 42, pengundi di kerusi Parlimen Kulai dan DUN Bukit Batu, mendapati seseorang telah mengundi atas namanya.
Beliau menyedarinya apabila tiba di tempat mengundi di SJK (C) Batu pada kira-kira pukul 10 pagi.
"Saya menunggu ejen parti-parti politik untuk membantu saya. Saya akan memberjuangkan hak saya," kata beliau.
Dia
mendakwa petugas SPR telah mengisi Borang 10 untuk membatalkan
kelayakannya, tetapi dia berkeras Borang 11 digunakan - borang
pengisytiharan untuk membolehkan mengundi sekiranya berlaku pertikaian.
11.50am: Pulau Pinang, Pantai Jerejak -
PKR Calon PKR di Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, beliau telah
menerima beberapa aduan daripada pengundi di Pantai Jerejak bahawa
dakwat kekal pada kertas undi mereka.
"Apabila saya periksa
dengan Pegawai Pengurus, saya diberitahu bahawa jika kesan dakwat itu
pada belakang kertas, ia masih okay. Tetapi jika di bahagian depan di
mana undian dilakukan, maka ia akan dianggap sebagai undi rosak,"
katanya .
Sim, penyandang kerusi Pantai Jerejak penyandang,
berkata isu-isu lain telah timbul - sebagai contoh, kertas undi yang
diletakkan di dalam kotak yang salah
"Masalah ini telah diselesaikan selepas bercakap kepada pegawai berkenaan," tambahnya.
11.37am: Segamat, Johor - Ejen pilihan raya calon PKR, Datuk Chua Jui Meng berkata, dua pengundi membantah perbezaan dalam nama Chua pada kertas undi.
"Stesen mengundi utama menunjukkan kepada kita kertas undi, yang menyatakan 'Datuk Chua Jui Meng," kata Victor Chu.
"Tetapi kita juga mendapat laporan bahawa kertas undi yang lain telah dicetak namanya sebagai Dr Chua Jui Meng."
Satu laporan polis telah dibuat sebagai langkah berjaga-jaga.
11.23am: Alor Setar, Kedah -
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti
Hasmah Mohd Ali dikerumuni orang ramai ketika tiba untuk mengundi di
Sekolah Kebagsaan Titi Gajah, menurut New Straits Times.
Mereka adalah antara 29,056 pengundi di kerusi DUN Anak Bukit di bawah Parlimen Kuala Kedah.
11.00am: Seri Delima raya, Pulau Pinang -
Dua pondok panas - satu didirikan oleh BN dan satu lagi oleh DAP -
terletak beberapa meter di luar pusat mengundi di SMK Hamid Khan.

Seorang
penyelia SPR yang enggan namanya disiarkan, berkata selagi pondok tidak
berada dalam kawasan sekolah, ia "sepatutnya ok".
Ketika ditemui selepas mengundi, pesara Kua Chan Peng, 57, mengadu bahawa prosedur pengundian itu menyulitkan
"Saya
mencetak butiran saya dari lamanweb SPR dan sepatutnya tidak perlu lagi
mendapatkan slip mengundi. Saya terus ke saluran saya tetapi mereka
memberitahu saya mesti mempunyai slip itu. Selepas saya menegaskan,
mereka membenarkan saya mengundi"
Jururawat bersara Jenny Chong,
78, berkata, dia berkeras meminta kertas undi baru kerana kertas undi
yang diberikan kepadanya "tercemar".
"Terdapat satu garisan pada
kertas undi parlimen," katanya sambil menambah, bahawa selepas bertekak
dengan petugas SPR, kertas undinya diganti.
"Mereka memberitahu
saya jangan kotorkan kertas, tetapi saya jawab ia sudah kotor dan saya
tahu bagaimana hendak mengundi, kerana saya telah melakukannya sejak
tahun 1960-an."
10.50 pagi: Kedah - Proses
pengundian berjalan lancar di lima pusat mengundi di Ayer Hitam dan
kerusi DUN Kota Siputeh, walaupun bilangan pengundi semakin ramai sejak
pagi ini.

Calon PAS Ayer Hitam, Abdul Ghani Ahmad mengundi di Sekolah Rendah Ayer Hitam pada kira-kira jam 8.30 pagi.
Di
dua pusat pengundian, kain rentang dikesan dipasang dengan mesej bahawa
rakyat akan menolak calon BN bagi Ayer Hitam, Datuk Mukhriz Mahathir.
Satu
lagi kain rentang memberi amaran kepada Mukhriz dan bapanya Dr Mahathir
Mohamad supaya jangan menyebabkan perpecahan dalam BN Kedah.
10.30am: Pekan Nenas, Johor
- calon DAP Tan Hon Ping mendakwa menurut pemerhati, seorang kerani
mengundi di SJK (C) Yun Ming tidak mengecop kertas undi yang dikeluarkan
kepada pengundi.
Di tempat mengundi di SK Parit Keroma Darat,
Muar, kerani mengundi dikatakan telah memberitahu pengundi bahawa tidak
apa jika kertas itu tidak dicop.
Di SMK Seri Mersing, seorang pengundi berusia 29 tahun telah membuat laporan polis, mendakwa kertas undinya tidak dicop.
Di Mersing, sebuah pusat mengundi tidak memberi pen atau pensel untuk orang ramai menandakan kertas undi mereka.
Jadi mereka menggunakan dakwat kekal pada jari mereka untuk menandakan kertas.
10.30am: Beruas, Perak - Calon PAS Dr Khairudin Abd Malek
merampas kerusi Pengkalan Baru untuk Pakatan Rakyat.
Beliau bergantung kepada pengundi muda Melayu yang pulang mengundi, dan telah menghadiri ceramah parti.
Beliau juga mendakwa PAS dapat menembusi kampung-kampung Melayu di kawasan itu
Katanya,
walaupun pihaknya ada beberapa masalah dengan pengundi generasi yang
lebih tua, terutama wanita, tetapi menurutnya, mereka hanya peratusan
kecil pengundi.
"Jadi saya fikir kita boleh berjaya kali ini," tambahnya.
10.20am: Selayang, Selangor - Walaupun dakwat kekal di jarinya telah 'pudar', namun calon BN di Selayang, Datuk Donald Lim tidak fikir ianya satu masalah.

"Terdapat dua proses mengundi - satu ialah proses pengenalan MyKad dan yang satu lagi ialah memeriksa untuk dakwat," katanya
kepada pemberita selepas melawat pusat mengundi di SK Selayang Baru 2.
"Ia
bukan mudah untuk membawa MyKad palsu ... (Lagi pun) kedua-dua pihak
mempunyai pemerhati untuk menyemak nama (dalam daftar pemilih)."
Lim sebelum ini mengundi di Petaling Jaya Selatan.
Dia
tetap yakin bahawa MCA Selangor akan memenangi separuh daripada tujuh
kerusi Parlimen dan 14 kerusi DUN yang ditandatanganinya.
"Dalam kehidupan kita perlu bercita-cita tinggi ... sekurang-kurangnya di peringkat ini, ya (kita akan menang 50 peratus)."
10am: Port Klang, Selangor - Menurut SMS berita Nanyang Siang Pau, kira-kira 500 pengundi masih menunggu di bawah sinaran cahaya matahari untuk mengundi.
Ia berkata ia disebabkan kelewatan dalam urusan di pusat mengundi di SJK Pandamaran (B).
10.am: Pasir Salak - Di pusat mengundi SK Seri Cempaka, para pengundi beratur panjang. Pusat mengundi yang mempunyai pengundi paling ramai iaitu sebanyak 8 saluran disediakan untuk pengundi. Namun kebanjiran pengundi di awal pagi menyebahkan pengundi terpaksa beratur panjang.
Pertembungan antara calon PKR, Mustafa Kamil Ayob dan Tajuddin Abdul Rahman dari BN di peringkat Parlimen. Manakala DUN Kg. Gajah antara Drs Ishak Saari dari Pas dan Abdullah Fauzi dari BN. Reaksi pengundi amat teruja untuk membuang undi sehingga sanggup berjemur di bawah panas matahari. Terdapat ajen-ajen parti di sepanjang jalan sebelum masuk ke kawasan sekolah cuba merayu undi, ada yang menjerit 'ini kalilah ubah'.
9.55am, Selangor: Calon PAS bagi Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud mengunjungi pusat mengundi di pangsapuri Impian Sentosa.
Beliau meminta pengundi yang sedang beratur di bawah panas matahari supaya bersabar.
9.45am: Pandan, Selangor -
Calon PKR di Pandan. Rafizi Ramli tiba untuk memantau proses
pengundian, serta mengambil kesempatan untuk bermesra dengan pengundi di
SK Pandan Indah. Ada yang mengambil gambar dengan beliau.
"Ramai orang yang menyaman anda, jadi bagaimana?" tanya seorang pengundi.

Rafizi menjawab: "Mereka saman kita lawan lah."
Beliau berkata, ejen-ejen mengundi beliau telah melaporkan bahawa pengundian berjalan lancar setakat ini.
Katanya,
isu paling besar adalah beberapa laporan bahawa dakwat kekal dapat
dihilangkan, dan ini menimbulkan keresahan di kalangan sesetengah
pengundi.
Mengiringi Rafizi adalah isterinya Afizsa Ashah, yang akan mengundi di situ.
Bagaimanapun,
Rafizi sendiri tidak akan mengundi hari ini, dan katanya beliau tidak
dapat mengundi di Kemaman, Terengganu, dan kemudian pula bergegas balik
ke Pandan.
9.45: Beruas, Perak - Pondok Panas
PAS di SK Beruas terletak bertentangan dan dalam lingkungan 50 meter
dengan tempat mengundi itu, walaupun itu tidak dibenarkan oleh SPR.
Pondok ini terletak di hadapan sebuah rumah dan bertentangan dengan pintu masuk utama sekolah.
Bagaimanapun,
seorang kakitangan SPR berkata, dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana
parti itu mendakwa pondok tersebut di atas tanah persendirian dan dalam
kawasan rumah.
Katanya, SPR hanya boleh menganggap bahawa jarak 50 meter itu bermula dari pusat mengundi sehingga pintu pagar utama sekolah.
9.43am: Penampang, Sabah - Beberapa pengundi telah dapat menghilangkan dakwat kekal pada jari mereka dengan menggunakan rumput.

Seorang pengundi, Robert, 50, berkata, dia cuba untuk membuang
dakwat itu atas rasa ingin tahu.
Malaysiakini menyaksikan dakwat dikeluarkan dalam beberapa minit dengan menggosok rumput di atasnya.
Calon Star di Moyog, Bernard Lawrence Solibon juga mendapati dakwat pada jarinya beliau telah hilang.
"Saya
tidak letak apa-apa di atasnya. Ia mungkin boleh menyebabkan kesan pada
kertas undi dan merosakkan banyak undi," katanya.
9.40am: Seremban, Negri Sembilan: Proses pengundian pada umumnya sehingga ini berjalan lancar.
Tetapi
petugas pilihan raya DAP, Lawrence Fah, berhampiran Sekolah Wawasan di
Seremban 2, mengadu SPR menghalang mereka daripada membantu pengundi
menyemak nama dan aliran mengundi.
9.33am: Pekan, Pahang: Star
Online melaporkan bahawa Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak dan
isterinya Datin Seri Rosmah Mansor mengundi di Sekolah Sultan Haji Ahmad
Shah.
Di Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengundi di SM Sri Muar pada kira-kira jam 8.20 pagi, menurut Berita Harian.
Di Lembah Pantai, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengundi pada jam 9.14, berdasarkan tweetnya.
9.30am: Segamat, Johor:
Penyandang kerusi Parlimen Segamat Datuk Dr S Subramaniam enggan
membuat spekulasi mengenai kemungkinan kalah di situ, tetapi menegaskan
bahawa beliau mahu kekal positif.
Subramaniam berkata, pihaknya telah memberi perkhidmatan sebaiknya di Parlimen tersebut.
"Saya percaya kita masih mempunyai peluang untuk menang walaupun majoriti kecil," katanya kepada pemberita selepas mengundi.
"Walaupun
persaingan adalah sengit, tetapi kita telah melihat beberapa perubahan
dengan sokongan kaum India kembali kepada BN dan sokongan orang Melayu
kekal mantap. Ini akan membolehkan BN merampas semula lebih banyak
kerusi berbanding 2008."
9.20am, Batu Caves, Selangor: Penyandang ADUN PKR, Amirudin Shari mengadu SPR telah tersilap cetak kertas undi.

Katanya,
pada 20 April, apabila pencalonan difailkan, beliau dan seorang lagi
calon Pakatan Rakyat telah diletakkan di No 1 dalam senarai itu,
manakala calon Bebas, Suman Gopal di No 2 dan calon BN Ravisandran
Narayan di No 3.
Apabila Amirudin (kiri) menyemaknya hari ini,
namanya disenaraikan pada No 2 manakala di Ravindran diletakkan di No 1.
Calon Bebas pula di No 3.
"Kami akan membuat aduan rasmi dengan
SPR kerana ini bertentangan dengan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya 1981
Seksyen 11 (2)," kata Amirudin sambil menambah ia boleh mengelirukan
pengundi.
9.17am, Sekolah St Michael, Penampang, Sabah: Pengundi meletak kereta mereka satu kilometer dari pusat mengundi ini.
Seorang
lelaki muda berjalan bersebelahan seorang wanita tua yang tidak
mempunyai gigi, memberitahu wanita itu bahawa dia tidak perlu takut
sesiapa.
"Biarlah apa orang nak kata, kau tanda saja X," katanya.
Kerusi Penampang ditandingi calon PKR Ignatius Dorell Leiking, calon BN Bernard Dompok dan calon Star Melanie Annol.
Calon DAP, Dr Edwin Bosi, yang bertanding kerusi DUN di sini, berjabat salam dan dipeluk oleh pengundi.
9.12am: SMK Buloh Kasap, Segamat, Johor - calon BN Segamat, Datuk Dr S Subramaniam tiba dengan isterinya.

Wartawan
terpaksa terkejar ke sini selepas pasukan akhbar Subramaniam sebelumnya
memberitahu mereka tempat mengundi yang salah di sekolah lain.
Subramaniam mengundi 10 minit kemudian selepas memberi ucapan ringkas kepada pengundi lain yang hadir.
8.54am: Muar, Johor
- Seorang pengundi di SJK (C) Nanhua bernama Lee mengadu Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) tidak mengikuti prosedur mereka kerana mereka yang
sudah tahu saluran undi mereka, masih dikehendaki beratur di padang
sekolah untuk disemak sekali lagi.
Biasanya, kata Lee, pengundi
akan terus pergi ke saluran masing-masing tetapi tapisan berganda dan
pembaziran masa itu mengecewakan ramai pengundi.
"Kami bimbang
sesetengah pengundi mungkin tidak dapat ke tempat kerja hari ini,"
katanya, sambil menggesa SPR supaya mengikut prosedur yang betul.
8.44: Permatang Pauh, Pulau Pinang
- Pegawai SPR tidak dibenarkan ketua pemberita Agence France-Presse
(AFP), Goh Chai Hin di Sek Keb Sri Penanti kerana beliau tidak mempunyai
slip sumpah merah jambu SPR. Bagaimanapun, Goh enggan untuk
meninggalkan.

"Saya telah mendapat pas media dari SPR dan Kementerian Penerangan. Saya tidak pernah diberitahu tentang perkara ini," katanya.
Penyandang
Ahli Parlimen di situ, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba bersama isterinya,
Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, untuk mengundi.
Berpakaian kemeja putih dan memakai songkok, Anwar berkata Pakatan yakin ia akan menguasai Putrajaya.
Beliau juga meluahkan rasa meluatnya terhadap percubaan terbuka untuk membeli di Pulau Pinang.
8.15am: Seri Delima, Pulau Pinang: Seawal jam 7.30 pagi, 100 orang berkumpul di pusat mengundi di Sekolah Chung Hwa untuk mengundi.

Setiausaha
Agung DAP yang juga penyandang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng
tiba dengan isterinya Betty Chew dan ibunya, Neo Yok Tee, 73.
Chew
memakai topi putih untuk menutup kepalanya yang dicukur pada hari
Jumaat sebagai membantah politik wang. Lim kelihatan agak letih, mungkin
kerana kempen yang sengit selama 15 hari.
8.06am - Subang Jaya, Selangor: Barisan pengundi di Sek Men USJ12 dianggarkan kira-kira satu kilometer selepas pintu dibuka.

Kira-kira 3,000 pengundi datang awal untuk mengundi. Sub-Editor
Malaysiakini G Umakanthan berkata beliau tidak pernah melihat pengundi seramai itu datang awal itu.
Kerusi negeri terletak dalam kawasan Parlimen Kelana Jaya.
8.05am - Lembah Pantai: Pengundi
dilaporkan berbaris panjang pusat mengundi. Calon PKR Nurul Izzah Anwar
mempertahankan kerusi tersebut dan dicabar oleh calon BN, Datuk Raja
Nong Chik Zainal Abidin.
--Malaysiakini